S untuk saya, M untuk mereka
Rindu, takut dan seram bila jumpa dengan orang macam tu. Orang yang mukanya tak penah hilang cahaya, tak pernah pula terlepas bersujud meng-agungkan yang Maha Esa. Aku rasa aku pernah berada di jalan itu,,, tetapi tidaklah terlalu teguh sebagaimana si dia yang nampaknya istiqamah seperti biasa.
Sejuk tangan memegang, sejuk lagi hati memandang. aku terpegun termenung orang yang wujud jasadnya, tapi entahlah pergi kemana roh-nya. aku sendiri. kalau ia pun aku dapat memutar masa, aku tak tahu la pulak aku akan menjadi sesuatu yang lain, lain daripada aku yang sekarang. abah pernah beritahu, sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan Illahi. kena redha. tapi hala tuju aku, nampaknya bukan kepada redha, bahkan menentang arus perjalanan lurus yang patut aku halui.
hidup memang susah, lagi2 kalau berjiran-kan dengan yahudi. tapi hakikatnya, ilmu dan pelajaran sepatutnya boleh dicari sendiri. sebab kalau dah cukup besar tu, takkan la nasi pun nak disuapkan mama, dan baju digosokkan oleh papa? dan sedangkan buku setebal 1326 muka surat pun boleh di belek2 jadi rujukan tiap2 hari, al-Quran pulak menjadi hiasan tatapan tiap2 pagi. entah tatap kulit pun tidak pa.
Yassin yang tiap2 hari khamis baca, sekarang ni tukar tulis blog bagi org baca. dulu kalau tiap2 malam solat hajat ja, kali ni lompat pi parti sini sana. haha, bodoh!

I know you’re a nice guy. hope things get better with your life.
still have time to change